Jangan Mimpilah Mahathir Nak Jadi Penentu Undi Orang Melayu – Hassan Karim

Kemarahan rakyat terhadap Najib Razak dan populariti Anwar Ibrahim adalah faktor utama undi Melayu bertambah untuk Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lalu, dan bukan pengaruh Dr Mahathir Mohamad, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

Menjelaskan situasi ketika itu, Hassan berkata pengundi Melayu memilih untuk menyokong PH bukan kerana Mahathir, tetapi kerana kemarahan terhadap pentadbiran Najib Razak.

Mencukupkan sokongan itu adalah golongan pengundi Melayu yang memang menyokong atau bersimpati dengan Anwar Ibrahim.



“Tun Mahathir berhentilah bermimpi di siang hari. Janganlah membuat dakwaan-dakwaan palsu dan tidak berasas dari segi fakta,” katanya kepada FMT.

Faktanya, kata Hassan, PKR menang di 48 daripada 50 kerusi Parlimen yang ditandingi di Semenanjung, manakala PPBM, yang ketika itu dipengerusikan Mahathir, hanya menang 13 daripada 52 kerusi.

“PKR menjadi parti terbanyak menang dalam gabungan PH,” katanya.

Perkara sama boleh dilihat di Johor, di mana PPBM bertanding paling banyak kawasan iaitu 18 daripada 56 kerusi DUN, khususnya di kawasan Melayu.



“Hasilnya apa? PPBM kalah lebih separuh di tangan UMNO. PPBM hanya menang lapan DUN sahaja. Mana kekuatan Mahathir dalam kalangan Melayu?” katanya.

Kejam Dan Zalim, Kumpulan Lelaki Dipercayai Dari Malaysia Beri Kambing Minuman Keras

Terdahulu, Mahathir dalam temubual dengan China Press mendakwa PH mungkin tidak dapat menarik sokongan Melayu sekiranya tidak bekerjasama dengannya pada PRU akan datang.



Bekas perdana menteri itu berkata dia membantu PH menang dengan menarik sokongan orang Melayu.

“Anda tahu DAP, yang tidak pernah peroleh lebih daripada 18 kerusi, dapat 42 kerusi disebabkan sokongan orang Melayu yang saya tarik itu,” katanya Mahathir.

Hassan bagaimanapun menarik perhatian FMT kepada prestasi PPBM di kawasan luar bandar, di mana Mahathir dikatakan popular.

Katanya, majoriti pengundi Melayu di kampung dan Felda masih menyokong UMNO.



“Hampir semua di kawasan majoriti Melayu di luar bandar, calon-calon PPBM pimpinan Mahathir tewas,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker