Kejam Dan Zalim, Kumpulan Lelaki Dipercayai Dari Malaysia Beri Kambing Minuman Keras

Tindakan sekumpulan lelaki yang dirakam memberikan minuman keras ketika sedang berkumpul sesama mereka kepada seekor kambing menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen.

Video pendek kejadian malang tersebut sebelum ini dikongsikan Persatuan Haiwan Malaysia di akaun Facebook mereka bagi mencari maklumat mengenai kumpulan yang bertanggungjawab.

Video tersebut yang mula dikongsikan sejak semalam telah mencuri perhatian netizen dan rata-rata berasa marah dengan tindakan kumpulan tersebut.

Bukan saja mengeji perbuatan terkutuk tersebut malah netizen dalam ruangan komen turut berharap agar mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

[KGVID]https://mykmu.net/wp-content/uploads/2020/08/SVID_20200831_020014_1.mp4[/KGVID]

Berlaku di Malaysia

Menurut Persatuan Haiwan Malaysia, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Malaysia selepas melihat beberapa petunjuk seperti penggunaan bahasa serta kenderaan yang turut berada dalam video tular itu.

“Paling ketara pnggilan ‘hey kambing’ oleh salah seorang lelaki tersebut.

“Memberi minuman keras kepada kambing adalah satu jenayah kezaliman haiwan berdasarkan diet yang salah dan tidak sesuai untuknya. Ia dianggap satu penganiayaan.

Justeru pihak mereka dalam hantaran tersebut meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu agar tampil menghubungi mereka melalui Whatsapp Hotline Animal Malaysia +601120901097. Vocket

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker