Ibu tunggal didakwa cuai jaga anak

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan cuai menjaga anak lelakinya yang berusia setahun tujuh bulan sehingga mangsa cedera di bahagian lengan dan bawah ketiak.

Peniaga barangan kosmetik secara dalam talian yang berusia 25 tahun itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah di Setapak, bulan ini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah seksyen sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Shahrizzat Amadan, menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.

Ibu model Belanda Ivana Smit mahu saman PDRM kerana cuai

Bagaimanapun peguam, Zulkifli Awang yang mewakili tertuduh, memohon supaya jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya menanggung ibu bapa di kampung.



Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan tertuduh dilarang menghubungi pengadu dan saksi pendakwaan hingga kes selesai.

Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid menetapkan tarikh 14 Januari ini untuk sebutan semula kes.

Difahamkan, pengadu adalah bekas suami tertuduh yang juga bapa kandung mangsa. – BERNAMA

Bapa tunggal tak mampu hantar empat anak ke sekolah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker