Indonesia larang warga asing masuk selama 2 minggu, Malaysia bagaimana?

Semua pelawat antarabangsa akan dilarang memasuki Indonesia untuk jangka waktu dua minggu dalam usaha cuba menyekat varian koronavirus baru yang berpotensi daripada menular, kata menteri luarnya, Retno Marsudi.

Reuters melaporkan, peraturan baru, mulai 1 Januari, itu dibuat selepas beberapa hari Indonesia melarang pelancong dari Britain dan memperketat peraturan bagi mereka yang tiba dari Eropah dan Australia untuk membatasi penyebaran varian baru.

Indonesia awal tahun ini melarang semua pelancong asing masuk tetapi beberapa pengecualian kemudian dibuat untuk sektor pelancong dan perniagaan. Peraturan baru itu meliputi semua warga asing, kecuali pegawai kerajaan peringkat tinggi, katanya.



Negara keempat terpadat di dunia itu telah bergelut untuk menyekat penularan novel koronavirus sejak mencatat kes pertamanya pada bulan Mac. Indonesia mempunyai 720,000 jangkitan yang disahkan dan 21,500 kematian, antara yang tertinggi di Asia.

Sementara itu, Bernama pula melaporkan warga asing yang tiba ke Indonesia dalam tempoh hari ini sehingga Khamis, diwajibkan memiliki surat ujian calitan atau ‘Polymerase Chain Reaction’ (PCR) dari negara asal.

“Setibanya di lapangan terbang Jakarta, mereka perlu sekali lagi menjalani ujian PCR dan menjalani kuarantin selama lima hari,” kata menteri luar itu menerusi siaran Youtube rasmi sekretariat presiden.

Menurut Retno, warga Indonesia yang berada di luar negara dibenarkan kembali ke negara itu bagi tempoh bermula peraturan baharu itu dengan mematuhi peraturan kesihatan Covid-19 ditetapkan seperti menjalani ujian swab atau PCR, dan kuarantin.



Sebanyak 5,854 kes baru dicatatkan dalam tempoh 24 jam, dengan 215 lagi kes kematian.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker