KJ langgar lubang, JKR minta maaf, rakyat langgar?

JKR Kuala Langat mohon maaf pada

JABATAN Kerja Raya (JKR) Kuala Langat tampil memohon maaf kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang cedera selepas basikalnya melanggar lubang di atas sebatang jalan raya di daerah tersebut hari ini.

Permohonan maaf itu dilakukan di Twitter rasmi Ahli Parlimen Rembau selepas beberapa jam Khairy Jamaluddin berkongsi mengenai insiden tersebut di media sosialnya.

JKR Kuala Langat berkata, mereka akan mengambil tindakan terhadap isu tersebut dengan segera.

Selain itu, pentadbir akaun Twitter JKR Kuala Langat itu turut sempat mendoakan Khairy Jamaluddin agar sembuh dengan segera.

“JKR Kuala Langat memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa YB. Menteri dan akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan dan mendoakan YB cepat sembuh,” katanya.

Khairy Jamaluddin menjadi menteri pertama yang cedera akibat terlanggar lubang di atas jalan ketika melakukan riadah berbasikal. Aktiviti berbasikal merupakan sukan riadah yang semakin popular dalam kalangan rakyat dan juga ahli politik di negara ini. SM

Nota : Hari-hari rakyat menghadapi situasi sebegini. Ada yang sampai maut akibat terlanggar lubang-lubang di atas jalan.

Harap JKR juga pantas meminta maaf kepada mereka. Kita juga JKR cepat dan pantas mengatasi masalah jalan berlubang ini di seluruh negara.

KJ jadi mangsa jalan berlubang, sekali netizen suruh bawa ke parlimen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker