Batal kerjasama dengan UMNO dalam MN, PAS menafikan

Terkini di My KMU !!!!---->

SU Akhbar Abdul Hadi sahkan dakwaan palsu, tak berasas

BANGI, 12 Jamadilawal 1442H, Ahad – Kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu membatalkan kerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) adalah palsu dan tidak berasas.

Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbarnya, Abdul Malik Ab Razak menerusi status dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi Abdul Hadi hari ini.

“Adalah dimaklumkan kenyataan ini (rujuk gambar) adalah palsu dan tidak berasas sama sekali.

“Sebarang kenyataan rasmi Presiden PAS boleh dirujuk melalui Facebook Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Sekian, terima kasih,” katanya.

Terdahulu, dalam kenyataan pendek disebarkan di media sosial, Abdul Hadi kononnya memberitahu membatalkan kerjasama dengan UMNO seterusnya berkata, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan bertanding dalam semua kerusi Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Leave a Reply