Kanak-kanak perempuan 10 tahun maut, abang parah kemalangan dengan treler

TAWAU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun maut manakala abangnya berusia 15 tahun parah dalam kemalangan dengan sebuah treler membawa muatan minyak sawit di Jalan Tawau-Kalabakan di Kampung Iban Merotai di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata Bibi Nur Aisyah Sailati meninggal dunia di tempat kejadian manakala abangnya dikejarkan ke hospital dalam kejadian jam 11 pagi itu.

Beliau berkata, motosikal ditunggang abang mangsa dipercayai keluar dari simpang secara tiba-tiba menyebabkan pemandu treler itu tidak sempat mengelak.

“Akibat jarak yang terlalu dekat, pemandu treler itu cuba membrek dan mengelak ke kanan jalan namun motosikal mangsa diheret tayar belakang treler berkenaan,” katanya di sini, hari ini.



Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Katanya, pemandu lori lelaki berusia 39 tahun tidak mengalami kecederaan dan dipercayai tidak berada dalam keadaan mabuk, namun sampel darahnya diambil untuk analisis lanjut jika mempunyai kandungan alkohol dalam darah.

Katanya, kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987. Awani

Ayah & Abang2 Maut Treler Terbabas, si Bongsu Kesat Air Mata Ibu Tenangkan Keadaan..Sebaknya..- Al-Fatihah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker