Ayah & Abang2 Maut Treler Terbabas, si Bongsu Kesat Air Mata Ibu Tenangkan Keadaan..Sebaknya..- Al-Fatihah · MYKMU.NET

Ayah & Abang2 Maut Treler Terbabas, si Bongsu Kesat Air Mata Ibu Tenangkan Keadaan..Sebaknya..- Al-Fatihah

Share

Hari ini, kita dikejutkan dengan berita kemalangan sebuah lori treler yang terbabas dan melanggar tiang sehingga mengorbankan tiga nyawa malam tadi.

Lebih memilukan apabila semua mangsa merupakan anak beranak iaitu seorang lelaki dewasa berusia 30 tahun dan dua orang anaknya berusia enam dan lapan tahun.

Gambar kejadian telah dikongsikan oleh seorang wartawan, Mohd Redzuan Abdul Manap di akaun Twitter miliknya pagi tadi.

Terbabas & melanggar tiang

Mangsa Hafize Nizam Ali Supian serta dua anak lelakinya iaitu Mohammad Afif Rafiqi Hafizi Nizam dan Arrian Nuh Hafizi Nizam dalam perjalanan dari Kota Bharu, Gopeng ke Malim Nawar.

Lori treler membawa muatan simen itu dipercayai terbabas di lorong kiri dan melanggar tiang elektrik dan juga besi penghadang jalan sebelah kiri jalan.

Menerusi laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata polis menerima makluman kemalangan daripada orang awam pada 10.35 malam.

“Punca kemalangan treler terbabas sendiri melanggar tiang elektrik dan besi penghadang jalan. Kes diklasifkasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta siasatan lanjut diteruskan,” katanya.

Anak bongsu kesat air mata ibu

Sementara itu, gambar isterinya Shamshira Mohd Norizin yang sugul dan hampir rebah ketika di hospital apabila mengetahui suami dan anak-anaknya telah meninggal dunia mengundang rasa pilu orang ramai.

Sempat makan tengahari bersama

Menerusi laporan, ibu mertua mangsa Normah Khalid memaklumkan bahawa Hafize Nizam dan isterinya serta tiga anak mereka sempat makan tengah hari bersama di sebuah restoran.

Mereka menaiki kenderaan berasingan kerana Hafize Nizam akan meneruskan perjalanan mengambil simen di Gopeng.

Selepas makan, dua anaknya menangis mahu mengikut bapa mereka sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah melakukan demikian.

Ketua Polis Daerah Kampar turut menambah bahawa operasi mengeluarkan kesemua mangsa mengambil masa tiga jam dan dibantu oleh beberapa jentera berat.

“Pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengeluarkan ketiga-tiga mereka dari treler tersebut dengan bantuan beberapa jentera berat,” katanya.

Beliau berkata, hasil bedah siasat di Hospital Kampar pagi ini mengesahkan punca kematian adalah akibat kecederaan teruk.

Semoga roh arwah-arwah ditempatkan dikalangan ahli Syurga. Amin

Al-Fatihah

Sumber: Twitter, Sinar Harian (Normawati Adnan)

Kredit: OhMyMedia 

Anak, isteri maut selepas treler dipandu suami hilang kawalan

Leave a Reply