Letupan Nashville: Polis geledah rumah suspek

Letupan Nashville: Polis geledah rumah suspek
Pemandangan di lokasi kejadian di mana sebuah RV diletupkan dipercayai secara sengaja oleh suspek. -AP
NASHVILLE: Polis Amerika Syarikat (AS) menggeledah sebuah rumah di Nashville susulan insiden letupan kuat dari sebuah kenderaan yang menggegarkan bandar itu pada Sabtu.
Serbuan dijalankan di Antioch selepas media AS melaporkan seorang individu berusia 63 tahun dipercayai mempunyai kaitan dalam letupan itu.
Setakat ini, polis berkata letupan itu sebagai tindakan ‘disengajakan’ tetapi motifnya masih belum jelas ketika Biro Siasatan Persekutuan (FBI) turut terbabit menyiasat kes itu.
Jurucakap FBI berkata belum ada tangkapan dibuat namun maklumat yang diperoleh dalam kejadian itu menjurus kepada siasatan di rumah yang diserbu.
Pada sabtu bandar Nashville digegarkan dengan letupan berpunca daripada sebuah kenderaan dipercayai dipasang bom.
Letupan itu memusnahkan cermin bangunan dan pokok, mencederakan tiga orang dan tiada kematian dilaporkan setakat ini.
Insiden itu menyebabkan kira-kira 20 bangunan perniagaan rosak teruk, permukaan jalan menjadi hitam, serpihan kaca kawasan perniagaan, restoran dan bar berselerakan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker