Strain baru virus COVID-19 akibatkan lebih banyak kematian di Britain

Strain coronavirus bermutasi yang merebak di Britain secara purata 56 peratus lebih mudah merebak daripada versi asal.

Ia ditemui saintis dalam kajian, sekali gus mendesak pemberian vaksin dipercepatkan bagi membantu mencegah lebih banyak kematian.

Varian baharu, yang muncul di tenggara England pada November lalu dan menyebar dengan cepat, kemungkinan akan meningkatkan kemasukan ke hospital dan kematian akibat COVID-19 tahun depan, menurut kajian yang diterbitkan pada Rabu oleh Pusat Pemodelan Matematik Penyakit Berjangkit di London School of Hygiene and Tropical Medicine.

Penyelidik mengatakan masih belum pasti sama ada strain bermutasi itu lebih atau kurang mengakibatkan kematian berbanding versi sebelumnya.

“Namun demikian, peningkatan kemampuan virus untuk menular mungkin menyebabkan kemasukan ke hospital dan kematian akibat COVID-19 mencapai tahap yang lebih tinggi pada 2021 daripada 2020,” menurut penyelidik itu.

Mereka mengingatkan bahawa perintah berkurung di England pada November tidak mungkin dapat mencegah peningkatan jangkitan kecuali sekolah rendah, sekolah menengah, dan universiti juga ditutup.

Dalam mengumumkan langkah sekatan yang lebih ketat sepanjang cuti Krismas, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengatakan pada Sabtu bahawa strain virus baharu mungkin hingga 70 peratus lebih mudah disebarkan berbanding versi asal penyakit itu.

Penemuan strain baharu itu mengejutkan dunia ketika lebih banyak negara memulakan kempen vaksinasi untuk menghentikan wabak yang meragut lebih 1.7 juta nyawa sejak ia muncul setahun yang lalu di China.

Banyak negara dengan cepat melarang perjalanan dari Britain, tetapi pemimpin Kesatuan Eropah mula melonggarkan sekatan berkenaan.

Pengasas bersama BioNTech mengatakan bahawa ubatnya ‘sangat mungkin’ untuk melawan strain bermutasi yang dikesan di Britain. AFP

Varian baru COVID-19: Singapura catat satu kes dengan strain virus UK B117

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker