Syafiq Ahmad Akhirnya Buka Mulut Dan Ini Kata-Kata Pertama Beliau Luahkan Selepas Kemalangan Itu

” Terlalu sedih dan trauma kerana kehilangan insan tersayang”

Itu luahan pemain Harimau Malaya, Muhammad Syafiq Ahmad, 25 susulan kemalangan ngeri yang meragut tiga nyawa terma­suk bayinya yang berusia 22 hari pada 6 Disember lalu.

Dari raut wajahnya sesiapa pun faham betapa perit untuk diterima akibat kejadian itu yang memberi kesan mendalam buat penyerang Johor Darul Takzim (JDT) itu.

Menurut Muhammad Syafiq, dia berasa sangat sedih dengan kejadian itu, namun kembali tenang dan tabah melalui ujian­ tersebut selepas mendapat sokongan keluarga, rakan serta peminatnya.



” Memang sedih dan trauma selepas kehilangan orang tersa­yang meninggalkan kesan mendalam buat saya, namun soko­ngan ahli keluarga membolehkan saya tabah menghadapinya.

” Saya juga perlu berfikiran posit1f untuk memberi sokongan dan kekuatan kepada isteri, Nur Amalina Nurain, 25, yang masih sedih akibat kehilangan ibu dan anak bongsu kami,” katanya ketika­ ditemui di rumah bapa mertuanya di Kampung Padang Pusing di sini semalam.

Muhammad Syafiq mem­be­ri­tahu, isterinya belum sembuh sepenuhnya dan masih mendapatkan rawatan susulan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Muhammad Syafiq berkata, dia belum memikirkan mengenai kariernya sebagai pemain pasukan Johor Darul Ta’zim dan kebangsaan kerana memerlukan lebih masa untuk berehat.



Terima kasih kepada kelab JDT

” Saya bersyukur kerana pihak pengurusan JDT memberi kebenaran untuk berehat.

” Kelonggaran yang diberi itu membolehkan saya memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak kami, Aaira Nur Saffiya yang berusia dua tahun dan isteri untuk menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini,” katanya.

Dalam kemalangan pada pukul 4 pagi, 6 Disember lalu itu, tiga mangsa terbunuh manakala tiga lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dipandu Muhammad Syafiq dipercayai terbabas.



Kemalangan berlaku di Kilometer 163.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Sungai Bakap, Nibong Tebal di Pulau Pinang.

M4ngsa yang maut ialah ibu mertua Muhammad Syafiq iaitu Zainab Ahmad, 45, bayi lelaki­nya, Muhammad Aisy Saqeef dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an

Terdahulu bapa Syafiq, Ahmad Ibrahim, 56, turut berkongsi keadaan terkini anaknya itu yang dilihat semakin tenang menerima takdir yang menimpa dirinya.

Ahmad menyifatkan yang anaknya itu seorang yang kuat semangat dan sepenuh masanya kini hanyalah untuk isteri dan anaknya.



” Masa Syafiq kini adalah memfokuskan keluarganya termasuk memberi suntikan semangat kepada isteri. Saya percaya, Syafiq mampu melakukannya.

” Riak wajah Syafiq juga kembali ceria berbanding pada awal kjdian lalu.

” Dia dilihat menci1m pakaian anak bongsunya, Muhammad Aisy Saqeef pada malam selepas pengebumian arwh,” ujarnya lagi.

Tragedi Syafiq sama macam yang saya alami



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker