Pendakwah perlu sokong vaksin Covid-19, kata Ustaz Don

Bukan hanya pendakwah, malah semua umat Islam perlu sepakat dan menerima bahawa vaksin Covid-19 adalah diharuskan seperti yang telah ditetapkan baru-baru ini.

Pendakwah, Ustaz Don atau Don Daniyal Don Biyajid berkata, vaksin ini tujuannya untuk menjaga setiap nyawa dan menjaga nyawa (keselamatan diri) merupakan salah satu yang dituntut oleh agama Islam.

“Saya sebagai seorang umat Islam. Islam tuntut jaga lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan jaga harta. Benda yang melibatkan jaga nyawa sepatutnya semua orang Islam mesti sepakat.

“Contohnya, BCG. Bila ada kita semua terima BCG untuk hindar penyakit yang dulu-dulu ada di Malaysia. Ini bukan responden seorang tapi satu Malaysia,” katanya ketika ditemui di Majlis Tausiyah lebih kurang 50 pendakwah selebiriti bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Jumaat.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas seruan Zulkifli agar semua pendakwah senada tentang hukum harus mengambil vaksin -19 yang ditetapkan oleh Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam baru-baru ini.

Setelah terbukti bahawa vaksin merupakan langkah terbaik untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19 yang menjadi pandemik, semua pendakwah perlu menyokongnya, kata Ustaz Don.

Sokongan terhadap vaksin ini ujarnya lagi, perlu diuar-uarkan dalam bentuk penyampaian dakwah agar dapat memberi kefahaman kepada seluruh umat Islam yang lain.

“Kita sebagai pendakwah mesti memandang perkara ini (isu vaksin Covid-19) pada perkara kebaikan,” tambahnya. MG



Ustaz Don baru buka IG, peminat serbu jadi follower kini melebihi 200 ribu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker