Kilang sarung tangan didenda RM1,000, tak logik – Syed Saddiq

KESUKARAN menghadapi hukuman menjadi pengajaran, sepatutnya itulah yang berlaku kepada individu atau syarikat didenda kerana melakukan kesalahan.

Namun, syarikat yang mencatat untung jutaan ringgit ketika rakyat sedang terhimpit ekonomi akibat wabak pandemik hanya didenda RM1,000.

Begitu ringan hukuman yang dikenakan terhadap sebuah kilang pembuat sarung tangan getah yang didenda oleh pihak berkuasa kerana melanggar bebarapa kesalahan.

Ia termasuklah gagal menyediakan kemudahan asrama yang baik kepada pekerja dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegaha Koronavirus (Covid-19).

“RM1,000 ini saya jamin tidak akan beri apa-apa kesan kepada majikan. Duit ini boleh dibayar dari poket majikan sahaja. Tidak ada pengajaran yang boleh diberi.

RM1,000 ini pihak berkuasa dah denda pelajar yang turunkan pelitup muka beberapa bulan lepas. Kalau pelajar RM1,000 denda, kilang pun takkan lah RM1,000 jumlah denda?

“Sangat tidak logik dan tidak boleh digunapakai.

“Kena ada penjelasan mengapa jumlah yang terlalu sedikit untuk mereka bayar.

“Jumlah pekerja yang terpaksa melalui persekitaran kerja yang tidak selamat begini hanya didenda dengan jumlah yang sangat kecil.”

Demikian luahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kecewa apabila kerajaan dilihat tidak serius memberi pengajaran kepada pemilik kilang terbabit.

Beliau berkata, negara ini sepatutnya tidak mengamalkan sikap pilih kasih atau ‘dua darjat’ dalam melaksanakan dasar dan menguatkuasakan undang-undang.

“Pelajar didenda dengan jumlah yang besar. Syarikat kaya pula didenda dengan jumlah yang terlalu kecil,” katanya.

Syed Saddiq dalam kenyataan sama turut meluahkan rasa marah terhadap layanan majikan kilang sarung tangan itu kepada 700 pekerjanya.

Ini kerana majikan terbabit mengambil mudah dan enggan berbelanja lebih untuk menyediakan kemudahan lebih selesa kepada pekerja, sebaliknya mahu mengaut keuntungan semata-mata.

“Saya sangat marah apabila membaca berita tentang kilang sarung tangan yang telah didapati menyumbat lebih 700 pekerja untuk tidur di dalam sebuah kontena sebagai asrama.

“Bertambah sedih melihat keadaan kerja mereka. Tempat tidur, dapur, ruang untuk solat, tempat membasuh baju semua dalam keadaan yang sangat teruk seperti haiwan ternakan.

“Majikan sebegini wajar diajar dan dikenakan tindakan keras dari kerajaan. Untung berjuta-juta tetapi tidak sedikitpun berusaha membantu pekerja sendiri,” luahnya. SM

Dakwaan buruh paksa – Pekerja kilang sarung tangan terima bayaran balik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker