[VIDEO] Anak Gajah Dilanggar Motosikal Terselamat Selepas Terima Bantuan CPR

Sebagai simbol kebangsaan negara Thailand, gajah bukan sahaja dikagumi kerana kekuatan, daya tahan dan kepintaran mereka, malah haiwan itu juga telah lama membawa peranan penting dalam masyarakat Thailand.

Oleh itu tidak hairanlah penduduk negara itu menganggap gajah sebagai ‘keluarga’ dan sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi haiwan itu.

Seperti kes baru-baru ini, perkara itu dibuktikan apabila seorang lelaki Thai memberikan CPR kepada seekor gajah yang tercedera.

A rescue worker performs CPR on a baby elephant after a motorcycle crash in Chanthaburi province



Anak gajah tersebut dilanggar sebuah motosikal dan sedang terbaring di jalan yang gelap dan kosong dalam kesakitan. Mujur seorang penyelamat yang tidak bertugas tiba di kawasan itu dan sempat menyelamatkannya.

Pekerja penyelamat itu, Mana Srivate telah menyelamatkan puluhan individu dalam kerjayanya menggunakan CPR, tetapi dia tidak pernah melakukan teknik itu ke atas gajah.

Srivate dipanggil ketika dia sedang bersiar-siar sebelum bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan anak gajah malang itu.

Dalam gambar yang tersebar, Srivate dilihat memberikan CPR kepada anak gajah tersebut sementara beberapa individu lain merawat penunggang motosikal yang turut terjatuh akibat daripada pelanggaran tersebut.



Sepanjang proses menyelamatkan gajah berkenaan ibu dan gajah lain dapat didengari memanggil anak gajah itu.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=vj2-cgxy98o[/embedyt]
Srivate juga hanya menganggarkan di mana kedudukan jantung gajah berdasarkan teori manusia yang dipelajarinya serta video yang ditonton di internet.

Apabila anak gajah itu akhirnya mula bergerak, Srivate mengaku hampir menangis. Haiwan itu sedar sepenuhnya setelah kira-kira 10 minit dan dibawa ke lokasi lain untuk rawatan sebelum dipertemukan dengan ibunya.-HCL

Racun punca kematian 50 – 60 ekor gajah dalam tempoh 10 tahun – JHL Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker