Turki Akan Mulakan Vaksinasi Dengan Sinovac, Pfizer/BioNTech

ISTANBUL: Turki akan menerima kumpulan pertama vaksin Sinovac dari China yang menunjukkan keberkesanan 91 peratus dalam tempoh beberapa hari lagi, selain turut membuat perjanjian dengan Pfizer/BioNTech, kata Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca semalam.

Turki akan menerima tiga juta dos Sinovac dan mempunyai pilihan untuk lebih 50 juta lagi berikutan negara itu memulakan inokulasi bulan depan, bermula dengan pekerja kesihatan dan golongan paling rentan.

Koca berkata penghantaran pertama vaksin China akan dihantar ke Turki pada Ahad.

Beliau berkata, dalam tempoh beberapa hari lagi, Turki juga akan menandatangani perjanjian dengan Pfizer/BioNTech untuk bekalan 4.5 juta dos, dengan pilihan untuk membeli 30 juta lagi dari syarikat gergasi farmasi Amerika Syarikat (AS) dan rakannya dari Jerman itu.

Turki dijangka dapat memvaksinasi 1.5 juta atau mungkin dua juta orang setiap hari,” katanya dengan peringkat pertama vaksinasi akan meliputi sembilan juta orang.

Negara dengan penduduk seramai 83 juta itu mencatat 19,115 kematian dan 2.2 juta dijangkiti COVID-19. – AFP

Bezanya Turki dengan UAE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker