Rakyat mengadu tapi PN jawab Belanjawan 2021 sudah elok, keluh Najib

Najib Razak berkongsi hasil pertemuannya dengan kerajaan semalam berhubung lanjutan automatik moratorium ke atas pembayaran pinjaman bank dan pengeluaran tanpa syarat RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP.

Beliau seolah mengeluh, apabila mengatakan kerajaan anggap mereka sudah buat segala apa yang perlu untuk memenuhi tuntutan Barisan Nasional bagi dua isu itu.

“Saya beritahu mereka ramai rakyat yang tercicir dan terbeban dengan syarat-syarat KWSP,” katanya di Facebook. “Saya juga ceritakan ramai yang mengadu mereka tidak diluluskan lanjutan moratorium”.

“Namun, kerajaan Perikatan Nasional jawab saya bahawa apa yang sudah diumumkan sudah elok.”



Ketika berita ini ditulis, perkongsian Najib ini dikongsi 810 kali dan mengundang lebih 4,000 komen.

Dalam pertemuan itu, Najib berkata BN tidak mahu lihat jutaan rakyat beratur di pejabat KWSP untuk serah pelbagai dokumen sebagai bukti mereka layak untuk i-Sinar.

Kerajaan juga diberitahu ada bank yang mengambil kesempatan untuk menambah tempoh pinjaman “bagi mengaut lebih keuntungan” bagi mereka yang minta lanjutan moratorium.

“Mereka kata pada saya mereka telah serahkan kepada menteri kewangan, CEO KWSP, dan bank-bank untuk laksana apa yang diperlukan atau menambah baik jika ada keperluan.”



Sebelum ini, dengan lulusnya Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, Najib berkata penyokong BN kecewa dua tuntutan utama untuk menyokong belanjawan itu “masih belum sempurna”, tetapi PN memaklumkan mereka akan berusaha memperbaikinya.

“Jika hasrat kami masih tidak tercapai dan kami masih rasa tertipu selepas satu tempoh masa yang munasabah maka BN masih berpeluang untuk membuat sesuatu kelak.” FMT

Ramai mengadu kelaparan, Ebit Lew hantar 10 tan makanan ke Sabah



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker