Ramai mengadu kelaparan, Ebit Lew hantar 10 tan makanan ke Sabah · MYKMU.NET

Ramai mengadu kelaparan, Ebit Lew hantar 10 tan makanan ke Sabah

Share

Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew hari ini menghantar 10 tan bekalan keperluan asas ke Sabah yang terjejas teruk akibat gelombang ketiga pandemik Covid-19 selepas 26 September lalu.

Perkara itu dikongsikan sendiri Ebit Lew di Facebook miliknya hari ini yang mendedahkan orang ramai mengadu kelaparan dan memerlukan bantuan makanan asas di Negeri Di Bawah Bayu itu.

“Saya bekerjasama dengan My Jet Express menghantar bekalan keperluan asas ke Sabah untuk diagihkan. Sayu malam-malam bila baca tentang sebahagian orang Sabah. Ramai sangat mesej saya. Baca berita rasa sedih.

“Tiga lori Elewsmart dari gudang Elewsmart malam tadi terus ke Airport Senai. My Jet Express akan fly dari Senai ke Kota Kinabalu. Membawa 10 tan barang makanan asas. Syukur dapat bekerjasama dengan My Jet Express,” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya hari ini.

Ebit Lew juga melahirkan rasa terharu dengan layanan baik yang diberikan oleh Pengerusi My Jett, Mohamed Yunos dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrol Hisham dalam menjayakan misi bantuan kemanusiaan itu.

“Doakan Sabah ya. Doakan seluruh Malaysia. Doakan seluruh dunia. Jangan ada satu orang pun lapar dan tiada makan minum. Ini ujian untuk kita semua,” katanya lagi. MG

Dalam pada itu, Ebit Lew turut memohon agar orang ramai mendoakan kesejahteraan Sabah yang kini sedang diuji dengan pandemik yang sangat membimbangkan.

Netizen Berang, Pelajar Universiti Di Subang Jaya Mengadu Elaun Bulanan RM2,000 Tidak Cukup

Leave a Reply