‘Belanjawan 2021 santuni pandangan Umno, walau ada beza jumlah bantuan’

Dr Asyraf Wajdi Dusuki,

Meskipun terdapat perbezaan jumlah bantuan yang dituntut, Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki berkata secara dasarnya, Menteri Kewangan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menyantuni pandangan partinya.

“Sebagai contoh, Pemuda Umno tuntut agar lanjutan tempoh moratorium secara pukal dalam tempoh 3-6 bulan. Kedua, Pemuda Umno juga menuntut, kebenaran pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekurang-kurangnya RM5,000.

“Ketiga, e-wallet yang dicadangkan adalah bernilai RM50 sebulan untuk tempoh 12 bulan kepada belia yang belajar di universiti awam dan swasta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Asyraf, pihak Pemuda Umno akan mengkaji dan memperhalusi implikasi Belanjawan 2021 ini kepada rakyat secara menyeluruh.



Iltizam Tengku Zafrul lindungi rakyat demi negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker