Belanjawan 2021: Faedah hutang kebun peneroka FELDA dihapuskan

Share

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menghapuskan faedah hutang kebun peneroka FELDA dengan memperuntukkan sebanyak RM400 juta.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata kerajaan memperuntukkan RM400 juta untuk menghapuskan faedah hutang kebun peneroka dan menyediakan program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Leave a Reply