Belanjawan 2021: Kerajaan beri murid susu setiap hari

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menambah baik Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dengan penyediaan bekalan susu daripada dua kali seminggu sahaja kepada setiap hari persekolahan, membabitkan peruntukan RM420 juta.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata peruntukan sebanyak RM420 juta akan disediakan dan sebahagian perolehan akan dikhaskan kepada pengeluar susu tempatan.

“Ia bagi memastikan murid daripada keluarga berpendapatan rendah mendapatkan kandungan khasiat harian demi pertumbuhan fizikal dan mental yang menyeluruh,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker