Agong akan jalani kuarantin 7 hari selepas pulang dari UAE

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah akan menjalani perintah kuarantin kendiri selama 7 hari selepas pulang dari luar negara seperti ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, delegasi Sultan Abdullah pula akan menjalani kuarantin diri di lokasi yang ditetapkan KKM.

Agong dan delegasi yang dijadualkan tiba di tanah air esok akan menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum berangkat pulang dari Abu Dhabi dan sebaik sahaja mendarat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Terdahulu, Sultan Abdullah menzahirkan rasa puas hati berhubung lawatan khas lima hari ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berakhir hari ini.

Semasa kunjungannya ke UAE, Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Menteri Kesihatan dan Prevensi UAE Dr Abdul Rahman Mohamad Al Owais.

Manakala, dalam lawatannya ke Abu Dhabi pula, Sultan Abdullah berkunjung ke Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) dan Masdar City.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker