Pas parti politik munafik patuh syariah, dakwa Mahfuz

Terkini di My KMU !!!!---->

Mahfuz Omar menyifatkan parti itu kini adalah sebuah parti ‘munafik politik’ selepas apa yang berlaku di Perak baru-baru ini.

“Adakah ini kemunafikan politik patuh syariah?” tanya Mahfuz berikutan kejatuhan kerajaan Perak pimpinan Bersatu dan diikuti pembentukan semula kerajaan baru pimpinan Umno pula.

Awal Disember yang lalu di Sidang Dewan DUN Perak telah menyaksikan satu sejarah dimana seorang Menteri Besar iaitu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah digulingkan dengan satu usul undi percaya yang telah dibawa oleh seorang ADUN dari Barisan Nasional (BN).

Dalam usul tersebut Faizal hanya mendapat undian sebanyak 10 undian manakala yang menolak sebanyak 48 undi.

“Dalam sepanjang senario politik yang berlaku di negeri Perak kita dapat lihat pelbagai karenah ahli-ahli politik dari BN dan Pas. Sehingga kita dapat lihat sikap kemunafikan Politik Pas dalam membuat satu-satu keputusan,” kata Mahfuz dalam satu kenyataannya.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria pernah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa “Tukar pimpinan kerajaan DUN Perak satu penderhakaan, pengkhianatan – Exco”.

Begitu juga dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan yang menyatakan bahawa “Pas Tidak Sertai Pembentukan Kerajaan Baharu Perak”.

Kenyataan ini telah menyebabkan, Pas telah membuat tindakan untuk tidak menghadap Sultan Perak walaupun ketika itu telah ditetapkan tarikh dan masa majlis berkenaan.

Akhirnya, ketika pembentukan kerajaan Perak yang baru, Pesuruhjaya Pas Perak mengatakan bahawa “Pas Perak yakin tidak akan ditinggalkan Umno”. MD

Apa perlunya Takiyuddin dilantik ‘menteri penyelaras’ untuk negeri PN, tanya Mahfuz

Leave a Reply