Curi MP : Salahuddin buka pekung PH



Sebaran :

Kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub membuktikan Pakatan Harapan (PH) juga berniat ‘mencuri’ sokongan daripada ahli Parlimen kerajaan.

Pengulas politik, Dr. Kamarul Zaman Yusof mendakwa dalam temubual dalam Apa Kata Dahlan malam tadi, Salahuddin apan, Datuk Seri Salahuddin Ayub, tiga kali mengakui secara terbuka mengenai keaktifan PH berusaha mencuri ahli-ahli Parlimen parti lain.

Menurut Kamarul, ia bertentangan dengan sikap PH sebelum itu yang mengutuk tindakan ‘mencuri’ ahli parlimen sehingga mahu kerajaan menggubal akta lompat parti.



“Kali pertama disebut adalah mengenai ‘usaha yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan daripada sebelah sana beberapa kerusi lagi’ yang didedah merupakan keputusan yang kita telah capai dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.

“Kali kedua disebut adalah mengenai ‘as a leader di dalam PH kita mesti menggamit mereka’ walaupun dikatakan bahawa “hari ini mungkin tak suka, hari ini mungkin mereka tidak berapa gembira, hari ini mungkin mereka ada masalah dengan kita”.

“Paling menarik ialah pengakuan “untuk belah sana datang kepada kita, walaupun telah diusahakan, tak dapat lagi, sehingga ke akhir Hari Selasa tak boleh lagi, nak mintak mereka tak datang ke Parlimen pun tak boleh lagi, maknanya usaha dah dibuat tapi tak berjaya lagi,” tulis Kamarul dalam media sosialnya hari ini.



Menurutnya, ia jelas menunjukkan PH telah berusaha mencuri ahli-Ahli Parlimen parti-parti kerajaan dan telah berusaha meminta ahli-ahli Parlimen parti-parti kerajaan tidak hadir ke Parlimen untuk menjatuhkan kerajaan, cuma ia “tak dapat lagi” dan “tak berjaya lagi”.

“Perlu diingat, ungkapan “tak dapat lagi” dan “tak berjaya lagi” menggambarkan bahawa usaha mencuri ahli-ahli Parlimen parti-parti kerajaan dan usaha meminta ahli-ahli Parlimen parti-parti kerajaan tidak hadir ke Parlimen adalah sesuatu yang berterusan,” katanya. MG


Sebaran :


Leave a Reply