Caj Air : Satu sen pun kami tidak akan bayar kepada Kedah – Ramasamy

Tak akan bayar walau sesenpun kepada Kedah

Kerajaan Pulau Pinang tidak akan membayar sesen pun kepada Kedah kerana mengambil air mentah dari sempadannya di Sungai Muda, kata Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy.

“Kerajaan Pulau Pinang konsisten dengan pendirian kami. Kami tidak akan membayar sesen pun kepada Kedah kerana mengambil air mentah dari Sungai Muda. Tiada kemungkinan untuk membuat sebarang sumbangan juga.

“Tiada rundingan atau perbincangan dengan kerajaan Kedah jika hak air Pulau Pinang tidak dihormati,” katanya dalam satu kenyataan.



Menteri Besar Kedah Muhammed Sanusi Md Nor semalam berkata, Pulau Pinang akan dikenakan caj 10 sen semeter padu, namun bersedia merunding mengenai bagaimana Pulau Pinang boleh mengambil air mentah dari Sungai Muda.

Beliau turut berkata tidak mahu menerima sumbangan lain sebagai ganti dari Pulau Pinang seperti dicadangkan ketua partinya, Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ramasamy berkata, tiada sebab untuk membayar bagi air mentah yang diambil dari bahagian sungai di sempadannya, sambil menambah perjanjian antara negeri jelas menyatakan Pulau Pinang turut mempunyai hak ke atas air itu.

“Tambahan, konsep hak Riparian jelas mengendors hak air Pulau Pinang untuk mengambil air dari bahagiannya di Sungai Muda.



“Bukannya Pulau Pinang mengambil air dari Kedah. Titik pertengahan sungai menjadi sempadan Kedah dan Pulau Pinang,” katanya.

Ramasamy menegaskan hak Riparian yang disahkan mengikut Perlembagaan membolehkan negeri menggunakan air jika sumbernya terletak dalam sempadan.

Tambahnya, wujud duluan undang-undang dan keputusan mahkamah terdahulu yang jelas dan nyata meletakkan hak negeri atau negara untuk berkongsi sama rata sumber air umum.

“Sanusi mungkin mengatakan Sungai Muda bermula di Ulu Muda, Kedah, dan air adalah milik negeri, namun ada yang mungkin menganggap asalnya di kawasan bukit di selatan Kedah.”



Katanya, jika begitu, Sanusi patut bersedia membayar caj air mentah kepada kerajaan Thai. FMT

Bayar kami untuk air Sg Muda, bukan beri sumbangan, MB Kedah beritahu P Pinang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker