Hampir seminggu dibebaskan, status Da’i Syed di IG buat ramai luah rasa rindu

Terkini di My KMU !!!!---->

Selepas hampir seminggu dibebaskan daripada tahanan reman susulan beberapa dakwaan salah laku seksual, pendakwah muda, Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullail, 25 dilihat mulai kembali aktif di media sosial.

Kembali buat IG story

Sebentar tadi, bekas peserta program Da’i Pendakwah Nusantara itu telah memuat naik beberapa nukilan isi hatinya sepanjang berada di dalam lokap t4hanan di lokap Shah Alam dan Petaling Jaya.

Makan-makan dengan rakan

Dalam pada itu, Da’i Syed juga sudah bertemu dengan rakan-rakannya apabila penyanyi, Ryan Deedat memuat naik video sedang makan bersama pendakwah tersebut di media sosial.

Menyapa peminat sambil bernyanyi

Menerusi perkongsian Ryan, dapat dilihat Da’i Syed kelihatan ceria dan sempat mengalunkan sedikit lagu berbahasa Arab sebagai cara menyapa para peminat di video yang dimuat naik rakannya itu.

https://www.tiktok.com/music/original-sound-Ryan-Deedat-6908710629666736898?referer_url=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2F&referer_video_id=6908710605692112130

Rindu Da’i Syed tak sabar nak tengok dia buat live

Susulan perkongsian tersebut, ramai warganet menzahirkan rasa kerinduan mereka kepada pemuda berusia 25 tahun terbabit dan tidak sabar menanti kemunculan Da’i Syed selepas episod hit4m tersebut.

Rata-rata mereka meminta Ryan Deedat menyampaikan salam mereka kepada pendakwah itu dan berharap agar dia tabah menerima segala dug-aan yang mendatang.

Wajah nampak ceria

Ramai rindu

DM Di Instagram, Ajak Keluar Makan & Bawa Balik Rumah, Polis Dedah Helah Da’i Syed Perangkap Mangsa

Biarpun ramai mempersoalkan kenapa gadis-gadis mudah diperdaya pendakwah itu, lantas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed tampil memaklumkan kepada umum bahawa suspek menggunakan modus operandi yang sama iaitu berkenalan melalui Instagram, mengajak mangsa keluar makan sebelum memperdaya mereka ke rumahnya untuk melakukan perbuatan terkutuk.

“Suspek mula berkenalan dengan mangsa melalui direct message (DM) dan semua mereka adalah pengikut di Instagram. Suspek akan mengajak mangsa keluar makan atas pelbagai alasan termasuk atas kapasiti sebagai da’i, rakan Instagram dan perniagaan. Kemudian suspek atas pelbagai alasan membuat helah dan memperdaya serta memerangkap mngsa sebelum bawa balik ke rumah. Ketika di rumah berlaku perkara tanpa kerelaan.”

Ujarnya lagi, sehingga kini polis juga telah menerima tujuh laporn pols iaitu dua membabitkan Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rogol), tiga kes bagi Seksyen 354 Kanun Kes3ksaan (c4bul) dan satu kes di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan (seks luar tabii).

Untuk rekod, Syed kini telah dibebaskan selepas melunaskan bayaran ikat jamin berjumlah RM35,000 di Mahkamah Shah Alam dan Mahkamah Petaling Jaya.

Da’i Ajak Keluar Sebelum Rogol, Cabul

Leave a Reply