Bersabarlah, bayaran pertama i-Sinar pada 11 Januari 2021 – Zafrul

Semua permohonan pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sama ada secara digital atau fizikal berjalan lancar, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Permohonan pengeluaran wang dari Akaun 1 dibuka pada 21 Disember.

Menurutnya, bagi mereka yang layak, maklumat tersedia di dalam pangkalan data KWSP.

Sistem ini akan memberi kelulusan secara automatik dan keputusan pertama akan diketahui pada 4 Januari 2021.



Sehubungan itu, beliau meminta pemohon bersabarlah sementara KWSP memproses permohonan yang diterima.

“InsyaAllah, bayaran pertama akan dibuat pada 11 Januari 2021,” katanya. MG

Berita sebelum ini :

Selain sibuk melayari laman web Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan membuat permohonan i-Sinar hari ini, warga net juga tertarik dengan avatar bernama Elya.



Elya adalah avatar wanita yang merupakan penasihat kewangan dalam talian KWSP.


“Hai, saya Elya, penasihat online KWSP.

“RM10,000 ini dianggarkan akan berganda kepada RM25,6333.04 jika disimpan sehingga umur anda 55 tahun,” katanya.

Ini membuatkan warga net menganggap Elya sama seperti penasihat kewangan sebenar yang memberikan pandangan profesionalnya sebelum seseorang pemohon itu membuat permohonan i-Sinar mereka.



Nasihat itu juga membolehkan para pemohon membuat pertimbangan teliti dan memahami risiko sekiranya membuat pengeluaran simpanan hari tua mereka.

Kerajaan Benar Keluarkan RM1O,OOO KWSP, Ini Cara Bagaimana Nak Memohon



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker