Mak Cik Bawang Dah Tak Peduli Soal Hantaran Pengantin, Kini Beralih Minat Kejar Misi Lain!

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan, acara paling popular yang akan berlaku pada hujung minggu adalah majlis pertunangan, pernikahan dan perkahwinan.

Dalam keasyikan penganjuran majlis sebegini, mana-mana keluarga pasti tidak akan terlepas dengan kehadiran satu spesis yang dikenali sebagai ‘mak cik bawang’.

Kalau mak long dan pak long atau usu, semuanya biasa-biasa sahaja namun spesis ini sudah ditakdirkan berada di antara garis-garis kelahiran sesebuah keluarga itu.

Tiada mereka, sunyi namun dengan mulut mereka, ada kalanya sampai boleh jadi sakit hati kalau bakal pengantin nak terus melayan tanpa berfikir panjang.

Dah Tak Sembang Pasal Hantaran
Oleh kerana semua rakyat di negara ini harus patuh kepada undang-undang dan Prosedur Operasi Standard (SOP), mak cik bawang juga tidak terkecuali.

Jika sebelum ini bagaimana rupa majlis perkahwinan yang hendak diagung-agung sering diperdebatkan, tahun ini ia tidak lagi relevan.

Sesiapa sahaja yang bercakap soal majlis perkahwinan yang grand, mewah, verstail dan akan mendapat pujian sudah boleh dianggap ketinggalan zaman.

Kini fokus utama yang menjadi perbincangan ahli keluarga adalah siapa yang layak untuk menyertai atau menghadiri majlis perkahwinan patuh SOP.

Pastinya mak cik bawang tidak mahu kalah dalam soal ini. Dia tetap perlu berada dalam mana-mana majlis kerana secara peribadinya, dia tidak mahu ketinggalan akan sesuatu perkara pun.

Maka setelah melalui perbincangan demi perbincangan, dapatlah juga dia menyelit untuk memeriahkan suasana perkahwinan orang-orang muda.

Kebaikan Dalam Kekangan

Apa-apa pun situasi pandemik ini seharusnya dipandang positif oleh mana-mana bakal pengantin kerana banyak penjimatan sebenarnya berlaku.

Kalau cerita tentang RM10,000.00.. memanglah nampak besar tetapi tahu tak untuk apa kegunaannya

Jawapannya untuk kenduri makan-makan, fotografi, sewa PA System, beli cincin atau rantai perkahwinan, hantaran dan sebagainya.

Namun selain mak cik bawang, ada lagi sekumpulan manusia yang acah-acah serba-tahu tentang perkara ini.

Nak tahu siapa? Orang yang kerjanya tak kuat tapi berangan nak nikahi anak dara orang yang cantik jelita macam Uqasha Senrose! SM

Larangan eksport akibat banjir India punca harga bawang naik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker