Covid-19 : 1880 petugas KKM positif dan 8 kluster baru

Jumlah jangkitan COVID-19 dalam negara setakat ini 97,389 kes.

Ketika ini, sebanyak 17,646 mangsa sedang dirawat, dengan 111 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan 51 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, 911 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama.



Satu kematian dilaporkan, menjadikan jumlah korban 439 orang setakat ini.

Selangor terus mencatatkan kes tertinggi, iaitu 1,014 atau hampir 50 peratus daripada semua kes baru, hari ini. Ini diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 504 kes (24.4 peratus) dan Sabah yang melaporkan sebanyak 252 kes (12.2 peratus).

Negeri-negeri lain adalah seperti berikut:- Johor (167), Negeri Sembilan (57), Pulau Pinang (23), Perak (17), Melaka (9), Pahang (6), Kedah (5), Kelantan (4), Labuan (2) dan Putrajaya (2).

Terengganu menyertai Sarawak dan Perlis yang tidak mempunyai sebarang kes.



Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat lapan kluster baru telah dikenal pasti pada hari ini.

Kluster itu adalah seperti berikut:

Kluster Pasar Baru – Kluster ini melibatkan daerah Klang dan Kuala Langat di Selangor.

Kluster Bukit Naga – Ini kluster tempat kerja di daerah Klang di Selangor.



Kluster Tapak Bina Residen – Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kluster Tapak Bina Kasih – Ini pula melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kluster Tapak Bina Sinar View – Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kluster Paginatan – Ini melibatkan daerah Ranau, Papar, dan Kota Belud di Sabah.



Kluster Tampoi Jaya – Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di negeri Johor.

Kluster Rapat – Ini adalah kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta dan Perak Tengah di Perak.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker