Pertimbang Jalan Eaton ditukar kepada Jalan Tun Hajah Rahah


Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah
Jasa serta sumbangan Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah tidak ada tolok bandingnya dan pemergian beliau pastinya meninggalkan kesan cukup mendalam kepada rakyat Malaysia.

Mengambil kira semua aspek itu, Kementerian Wilayah Persekutuan sedang dalam pertimbangan untuk menukarkan nama jalan tempat kediaman Allahyarham di Jalan Eaton kepada Jalan Tun Hajah Rahah dalam masa terdekat.

Bercakap tentang perkara tersebut, Tan Sri Annuar Musa berkata, proses penukaran nama itu perlu melalui beberapa peringkat iaitu satu jawatankuasa tempatan dan kemudian kelulusan nama-nama jalan di peringkat Kementerian.

“Saya telah sampaikan cadangan itu untuk dipertimbangkan, ketika ini saya sedang tunggu laporan terperinci.

“Dalam laporan yang sedang dalam peringkat kajian itu akan menguraikan tentang adakah nama lama sebelum ini mempunyai sebarang kaitan warisan dan juga sejarah lama negara.

“Selain itu, nama-nama baharu yang dicadangkan itu juga perlu mempunyai merit-merit tertentu, dalam hal ini Jalan Eaton sebenarnya tidak mempunyai fakta sejarah terlalu besar, kita juga tahu jalan ini berdekatan dengan Jalan Tun Razak.

“Allahyarhamah adalah figura penting di belakang dua bekas pemimpin nombor satu negara iaitu suaminya, Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein serta anaknya Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Perdana Menteri keenam.

“Tun Rahah membuktikan kaum wanita juga boleh memberi sumbangan berkesan kepada pembangunan negara dengan membabitkan diri dalam beberapa kegiatan kaum wanita di negara ini.

“Allahyarham sudah mendiami rumahnya di Jalan Eaton berpuluh lamanya. Saya cadang nama Jalan Eaton itu ditukar kepada Jalan Tun Hajah Rahah,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Barang Makanan Asas dan Pelitup Muka kepada penduduk Taman Segar Cheras di sini hari ini.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhirnya pada petang Jumaat lepas dan telah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara semalam.

Tun-RahahTun Rahah Mohammad Noah.
Jalan Eaton yang terletak berhampiran KLCC, terletak berhampiran dengan Jalan Tun Razak, yang mana nama itu diambil bagi memperingati jasa serta sumbangan Perdana Menteri ke-2, juga suami Allahyarhamah.

Sehingga kini belum dapat dipastikan siapa pula di sebalik nama jalan ‘Eaton’ secara tepat kecuali dalam sebuah laman sesawang Australia yang menyebut tentang seorang askar,Leftnan R.W Eaton yang terlibat dengan penerbangan Gemencheh. MG

Mengenang Tun Rahah: Raja Permaisuri Agong berkenan beri penghormatan terakhir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker