Otai Pro PN, kenapa pula serang saya, tanya Najib

Sebaran :

Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tindakan bekas penyokong Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) yang kini pro Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menyerang dan memfitnahnya berhubung isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada malam hari kematian ibunya.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau ‘diserang’ pada jam 8.30 malam ketika seluruh keluarganya dalam keadaan sedih.

Soal Najib, mengapa akaun Facebook Otai mahu menyerangnya sedangkan beliau yang cadang moratorium pinjaman pertama dan pengeluaran akaun 2 KWSP (yang menjadi skim i-Lestari) pada bulan Mac lalu.



”Kenapa pula nak fitnah saya menipu rakyat sedangkan saya dan UMNO telah melawan dari langsung tiada siapa dibenarkan mengeluar dari akaun 1 KWSP, ke 600,000 orang yang layak, kepada 2 juta orang yang layak dan akhirnya kepada 8 juta orang yang layak?

”Sedangkan saya dan UMNO juga turut dijanji kerajaan dan kita masih berjuang agar bahagian bermasalah terakhir iaitu syarat bagi kategori 2 dimansuhkan?,” soalnya. MG

Otai Reformis cadang potong gaji MB setiap kali gangguan air


Sebaran :

Leave a Reply