Mengapa Mahathir Kelihatan Sedih dan Kesal Ketika Memberikan Penghormatan Terakhir pada Tun Rahah?
Saya selalu bertanya pada diri sendiri bagaimana agaknya perasaan seorang balu Perdana Menteri yang suaminya pernah membantu menaikkan seorang pemimpin tetapi diperlakukan tidak sepertinya oleh orang yang sama apabila menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.
Bagi saya episod dimana rumah Tun Rahah digeledah ‘atas arahan’ Mahathir merupakan episod paling malang dalam peradaban susila bangsa Melayu. Tun Rahah tidak perlu dilayan seburuk itu. Betapa luka hatinya ketika itu? Namun tidak sepatah perkataan keluar dari mulutnya.
Ramai yang teruja melihat kehadiran Tun Mahathir di pengkebumian Allahyarhamah Tun Rahah. Perkara yang sama berlaku ketika Tan Sri Muhyiddin hadir untuk melawat ketika Tun Rahah sedang nazak di hospital.
Ketika berada dalam satu pasukan bersama Tun Mahathir, beberapa kali saya mencadangkan kepada Tun agar beliau berbincang secara baik dengan Datuk Seri Najib bagi mengakhiri kekusutan supaya Melayu tidak menjadi mangsa ekoran perbedaan antara mereka.
Malahan saya pernah berkata kepadanya, “Tun pasti mempunyai hubungan yang akrab dengan Tun Rahah kerana Allahyarham Tun Razaklah yang membawa Tun semula ke dalam UMNO setelah disingkirkan.
Mengapa tidak Tun menghubungi Tun Rahah untuk berbincang bersama seperti sebuah keluarga?” Tun merenung ke arah saya lalu menjawab “Saya telah pun telefon Tun Rahah tapi dia kata dia dah cakap dengan Najib. Jadi payahlah kalau nak buat lagu tu”. (Intipatinya akan saya paparkan di lain kali).
Pada hemat saya, bangsa Melayu mempunyai adab yang lembut dan jika disantuni dengan ikhlas dan betul segala permusuhan atau perbezaan dapat ditangani dengan baik. Saya terus bersama Tun M dan kemudian, bersama-sama Tan Sri Muhyiddin kami menubuhkan Bersatu bersama empat orang yang lain.
Selanjutnya adalah sejarah yang semua sedia maklum.
Tun Rahah, wanita di belakang dua bekas pemimpin nombor satu negara
Ketika saya bertemu dengan Datuk Seri Najib, saya dapati bahawa beliau merupakan sosok Melayu yang mempunyai budi yang sopan dan santun yang amat tinggi serta sangat mudah dibawa bicara.
Saya telah mengambil kesempatan untuk mengajukan perkara yang sama kepada Najib. Saya berpandangan bahawa jika permusuhan mereka berterusan, Melayu akan rugi.
Najib amat terbuka dan beliau menerima pandangan saya.
Beliau berasa bahawa isu ini telah menjadikan Melayu berpecah dan lemah. Melihat reaksi Najib, saya segera menyebut bahawa Tun pernah menghubungi Tun Rahah bagi tujuan itu. Najib tersentak lalu merenung wajah saya dengan penuh kehairanan.
“Tidak betul Cikgu. Tun tidak pernah menghubungi bonda saya. Jika benar Tun menghubungi Bonda saya, sudah pasti dia memberitahu saya. Tun tidak pernah menelefon Bonda saya.”
Bagi saya Tun Rahah adalah seorang wanita teramat istimewa. Beliau satu satunya wanita yang pernah menjadi isteri kepada Perdana Menteri Malaysia kedua dan ibu kepada Perdana Menteri Malaysia keenam.
Selepas Tun Abdul Razak meninggal dunia, Tun Rahah mengambil keputusan untuk menyepikan diri dan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang suasana politik kerana beliau tidak mahu mencampuri urusan orang lain.
Saya selalu bertanya pada diri sendiri bagaimana agaknya perasaan seorang balu Perdana Menteri yang suaminya pernah membantu menaikkan seorang pemimpin tetapi diperlakukan tidak sepertinya oleh orang yang sama apabila menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.
Bagi saya episod dimana rumah Tun Rahah digeledah ‘atas arahan’ Mahathir merupakan episod paling malang dalam peradaban susila bangsa Melayu. Tun Rahah tidak perlu dilayan seburuk itu. Betapa luka hatinya ketika itu? Namun tidak sepatah perkataan keluar dari mulutnya.
Ketika ramai yang teruja dengan kehadiran Tun Mahathir di masjid negara, saya menjadi amat sedih.
Mengapa kematian sering menjadi tempat pertemuan para pemimpin kita. Paling malang jika ia menjadi persinggahan yang amat ringkas tanpa membawa sebarang makna sedangkan rakyat begitu berdoa agar keindahan pada pertemuan ini kekal berpanjangan.
Apakah salah jika rakyat mempunyai mimpi sedemikian?
Alfatihah buat Tun Rahah. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama mereka yang dikasihi dan dilindungi oleh Allah. Amin.
Cikgu Kamarul
Salam sejahtera ckgu kamarul…sayangnya betul Kata tun melayu mudah lupa….1
1. Bila melayu dipuncak kuasa
2. Bila melayu terbawa dengan kebudayaan luar
Spt Cara hidup orang Korea,barat Dan hindi
3. Bila melayu kumpul harta berjuta dirumah
4. Bila melayu banyak jadi Ilana banyak
percanggahan pendapat
5. Bila melayu menguasai dunia hiburan
Wanitanyaa ketawa trrbahak2 mcm bukan lagi
kesopanann Wanita melayu sept Korea sudah
6. Bila melayu berpolitik , agama ikut politick
bukan politick ikut agama
7. Bila Wanita melayu berbicara seperti pembaca
berita anggun tanpa tudung Dan pandai
mengucapkann salam ” Assalammualaikum”
8. Bila melayu mengadakan anugerah Bintang
hiburann pergaulan tanpa batasan Dan
mengadaa ada Dan banyak lagi Yang tak kena
dengann melayu
Tiada salah & dosanya pun Tun kpd Allahyarhamah Tun Rahah.Beliau mmng seorg ibu yg baik & tinggi budi pekertinya.Yg silapnya disini ialah Najib,yg dihdpn bondanya pijak semut pun tak mati,tetapi jika diblkg,gajah diterajangnya bergolek².Tak payahlah cikgu nak jadi batuapi dan nak menyibuk dgn urusan Tun & seolah² nak beritahu kononnya perpecahan bangsa Melayu hari ini disebabkan oleh perseteruan antara 2 tokoh ini.Perpecahan org Melayu ini sudah ujud sekian lama bknnya baru skrg.Pemimpin Melayu sejak dulu lagi sentiasa bersikap tamak haloba dan iri hati serta dengki mendengki sesama sendiri,apatah lagi pemimpin yg rakus,bila berkuasa habis hartabenda negara ditibainya demi utk menyenangkan hati bininya.Cikgu jgnlah buat² tak nampak atau tidak tahu apa sebenarnya yg terjadi.Tak perlu nak timbulkan isu rumah digeledah.Semua org tahu apa sebab musababnya,jgn lah nak spin cerita semata² utk memainkan sentimen agar rakyat membenci Tun.Cukup²lah jgn nak jadi batuapi ya,cikgu.Hidup kita ni tak lama,bila2 masa je Allah akan panggil kita pulang,jadi cikgu bertaubatlah ya,sblm terlambat.