Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Tun Rahah

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Rahah Mohd Noah, yang meninggal dunia petang tadi.

Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih atas pemergian balu kepada bekas Perdana Menteri, Allahyarhamah Tun Abdul Razak Hussein.

“Seri Paduka berdua menzahirkan harapan supaya seluruh keluarga Allahyarhamah sabar dan tabah menghadapi suasana sedih serta pilu ini.

“Seri Paduka berdua turut mendoakan supaya roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama solihin,” kata kenyataan itu.



Allahyarhamah yang juga bonda kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meninggal dunia ketika dalam rawatan di sebuah hospital swasta.

Seri Paduka turut berangkat menziarahi Allahyarhamah di hospital terbabit semalam.

Al-Fatihah

Al-Fatihah: Ibunda Najib, Tun Rahah Meninggal Dunia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker