Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Marissa berkata mendengar mengenai dakwaan tersebut daripada sebelah pihak juga dianggap tidak adil buat dirinya kerana bukan semua yang diceritakan adalah tepat.

“Sangat tidak adil untuk dengar daripada satu pihak sahaja sebab cerita yang dikongsi bukannya 100 peratus tepat.



“Saya tidak mampu untuk menutup mulut orang, jadi jagalah mulut apabila berkata-kata dan jangan sampai jatuh fitnah atau menghina orang lain,” tegasnya.

Dia juga menegaskan tidak lagi mempunyai kaitan dengan pihak yang mendedahkan isu tersebut iaitu kepada umum semalam.

“Cukuplah semua kenyataan yang dikeluarkan untuk memberitahu satu dunia bahawa saya bersalah, punca dia melanggar taklik dan perceraian berlaku.

“Manakala, mungkin banyak andaian mengenai saya dan Aslam, tetapi cukuplah kami sahaja yang tahu hal sebenar iaitu sejak bermulanya semua ini sehingga semuanya berakhir.



“Tujuan perkongsian ini dimuat naik ialah untuk memberitahu semua bahawa saya tidak akan membuat sebarang kenyataan rasmi untuk mempertahan atau memuaskan hati mana-mana pihak,” jelasnya.

Meskipun tidak meluahkan kekesalan terhadap cemuhan ramai, Marissa berpendapat dia juga ada hak bersuara seperti orang lain.

“Semua orang mempunyai pandangan berbeza mengenai setiap perkara tetapi jangan lupa bahawa setiap individu juga ada hak untuk bersuara.

“Begitu juga dengan saya yang bersuara bagi pihak diri sendiri,” katanya lagi.



Semalam, nama Marissa menjadi sebutan rama selepas didedahkan sebagai punca keruntuhan rumah tangga sepasang suami isteri muda, Aslam dan Umisya.

Difahamkan, pendedahan yang dilakukan wanita bernama Umisha itu juga telah mendapat keizinan daripada ibu bapa Marissa, Norman Hakim dan Abby Abadi.

Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri



Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker