Biden pilih pemimpin gay ketuai Jabatan Pengangkutan AS

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dikatakan akan memilih bekas pesaingnya calon presiden dari parti Demokrat, Pete Buttigieg memimpin Jabatan Pengangkutan.

Buttigieg, 38, bekas senator South Bend, Indiana menjadi golongan gay pertama yang dicalonkan untuk pentadbiran Biden dan jika disahkan beliau menjadi setiausaha Kabinet LGBT pertama yang diluluskan oleh Senat Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun menurut sumber, ia belum disahkan daripada kedua-dua pihak, menurut laporan DailyMail.

Buttigieg sebagai Setiausaha Pengangkutan AS akan menggunakan latar belakangnya dalam urusan bandar dengan mengawasi agensi persekutuan yang luas yang mengawasi sistem lebuh raya, perjalanan udara dan transit di negara itu.

Selain itu, menurut sumber, Biden juga dijangka memilih bekas Gabenor Michigan, Jennifer Granholm sebagai Setiausaha Tenaga AS. MG

Polis minta Lokman serah analisis video seks gay dibuat syarikat UK

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker