FMM sokong laksana semula GST

KUALA LUMPUR: Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menyambut baik usaha kerajaan untuk mengkaji kebolehlaksanaan pengenalan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan meneliti kelemahan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai, berkata harga eksport Malaysia akan menjadi lebih kompetitif di peringkat global kerana GST tidak akan dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan yang dieksport manakala GST yang dikenakan ke atas input boleh dituntut semula bagi sepanjang rantaian bekalan.

“Memandangkan persekitaran domestik dan luaran yang lemah akibat impak pandemik COVID-19, kami percaya keutamaan harus diberikan untuk memperkukuh ekonomi dan memulihkan keadaan perniagaan supaya lebih memberangsangkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Beliau berkata, kerajaan perlu berunding dengan semua pemegang taruh sepanjang proses kajian itu yang amat penting bagi kejayaan langkah memperkenalkan sistem cukai yang berkesan.

Pelabur akan lari akibat gangguan air kerap di Selangor, kata FMM

Thian Lai berkata, FMM melakukan tinjauan berkaitan pengenalan semula GST pada Mei lalu membabitkan 499 syarikat yang sangat menyokong langkah itu dilaksanakan kembali selain menambah baik sistemnya supaya lebih mesra pengguna dan perniagaan.



Pada 10 Disember lalu, Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata kerajaan akan mempertimbangkan pelbagai aspek untuk mengkaji pelaksanaan semula GST, termasuk kelemahan SST termasuk GST yang dilaksanakan pada tahun 2015.

Beliau berkata, kajian itu merangkumi kesan ke atas ekonomi, kos sara hidup, kesan cukai terhadap harga barang, serta kemampuan untuk menangani kegiatan ekonomi bayangan. – BERNAMA

Subsidi Upah 2.0 bantu kekalkan perniagaan, pekerjaan – FMM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker