‘Tiada asas kukuh pertikai kesetiaan pemimpin AMK terhadap presiden’ – Ketua AMK negeri

KUALA LUMPUR: Semua 14 Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri mengecam perbuatan pihak tertentu membocorkan kandungan perbincangan tertutup sehingga mencetuskan suasana tidak menentu dalam parti.

Dalam satu kenyataan malam ini, mereka berkata, kepimpinan negeri menolak sebarang agenda yang cuba menangguk di air keruh untuk melaga-lagakan anggota mahupun kepimpinan.

Justeru, mereka berkata, semua kepimpinan dan anggota AMK Malaysia di semua peringkat diminta bertenang dan berlaku adil kepada kepimpinan untuk menjernihkan keadaan.

“Kami mengambil maklum berhubung isu kebocoran tangkap layar perbincangan tertutup melibatkan kepimpinan AMK Malaysia.

“Mewakili sayap AMK negeri, kami berpandangan perkara ini sewajarnya diselesaikan secara berhemah menerusi saluran dalaman parti.

“Kami percaya perkara ini juga akan dapat diharmonikan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan AMK (MPAMK) Malaysia yang melibatkan semua kepimpinan AMK Malaysia bersama ketua-ketua AMK negeri,” kata mereka dalam kenyataan itu pada Ahad.

PKR boleh simpan angan-angan tawan Ampang, Gombak – Pegawai Zuraida

Pada masa sama, mereka percaya kepimpinan AMK akan tetap komited dan mendukung penuh presiden parti dalam usaha beliau membina Malaysia yang lebih baik dan mensejahterakan rakyat.

“Tiada asas kukuh untuk mempertikaikan kesetiaan kepimpinan AMK Malaysia terhadap pucuk pimpinan parti setelah kesetiaan ini dibuktikan menerusi komitmen AMK mempertahankan prinsip dan idealisme daripada agenda pengkhianatan yang lalu,” kata mereka.

Astro AWANI pada Sabtu melaporkan satu perbualan dipercayai membabitkan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk daripada AMK telah tular, dengan kandungannya antara lain menyelar presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi satu perbualan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris seperti dilihat dan dilaporkan portal MalaysiaNow, perbualan itu jelas menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap Anwar, berikutan mereka mendakwa beberapa kali dikecewakan presiden mereka sendiri.

Perasaan itu timbul selepas ‘kegagalan’ Ahli Parlimen Port Dickson itu membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti sekali gus menjatuhkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi tangkap layar yang dilihat portal itu, dua pemimpin utama AMK mengkritik Anwar dan mengatakan akar umbi parti dipermainkan dan berterusan bergaduh sesama sendiri.

Armada PPBM selar ketua AMK.

Leave a Reply