No Anwar, No DAP, kata Shahar

Ahli Parlimen Parit Besar, Mohd Shahar Abdullah menafikan beliau menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Mohd Shahar menegaskan, beliau sentiasa berpegang kepada keputusan UMNO iaitu No Anwar No DAP.

”Sebagai ahli parti UMNO dan Ahli Parlimen dari UMNO, apa jua keputusan parti UMNO saya akan terus pertahankan demi agama, bangsa dan negara.

”Saya juga akan terus menjunjung titah DYMM SPB YDPA dalam memastikan negara terus stabil dan kebajikan rakyat Malaysia terus terpelihara.

”NO Anwar NO DAP !,” katanya.

Mohd Shahar membuat penjelasan itu susulan namanya dikaitkan antara 10 Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Anwar.

Nama lain yang turut dikaitkan ialah Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman), Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Nazri Aziz,

Datuk Bung Mokhtar Radin, Datuk Mohamad Alamin, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Datuk Mohd Nizar Zakaria

Tidak terkecuali dalam senarai itu ialah Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. MG

Leave a Reply