Dua murid 11 tahun di Serian ungguli anugerah filem antarabangsa

KUALA LUMPUR: Filem pendek animasi, Batuh Bijanji karya Macgres Sawet dan Nabiatul Dania Zulfakat Mohd Zulfadhli mengungguli anugerah Best Film by Popular Jury di Festival de Cinema de Alvorada (Fecea), Brazil baru-baru ini.

Kemenangan diraih kedua-dua bakat muda berusia 11 tahun dari Serian, Sarawak itu menerusi kategori sekolah rendah.

Menurut portal Utusan Borneo, filem animasi berdurasi 34 saat itu turut tercalon dalam kategori Animasi Terbaik bagi peringkat sama.



Batuh Bijanji membawa maksud batu perjanjian dalam Bahasa Bidayuh Serian dan menceritakan kisah dua sahabat.

Selain itu, penghasilan karya ini turut dibantu guru mereka, Wan Zulfadli Ad-Dinnie Wan Azmi, Mohd Reduan Patah dan syarikat produksi Wan Zulfadli, D-Mulsion.

Malah penghasilan projek ini turut diselia Kelab Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Sekolah Kebangsaan (SK) Temong, Serian, yang turut dipantau penolong kanan kokurikulum Stanley Ngawah dan diluluskan guru besar Cleveland Raden.

Majlis penganugerahan dijalankan secara dalam talian menerusi aplikasi ‘Google Meet’ pada 28 November lalu.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker