[VIDEO] Baik Ko Punya Aksi..Gangguan Seksual Warga Asing Terhadap Wanita Melayu

Sebaran :

Seorang lelaki dipercayai warga asing dikatakan bertindak tidak senonoh apabila melakukan gangguan seksual kepada seorang wanita di sebuah pusat mencuci kenderaan di sini baru-baru ini.

Perbuatan lelaki itu yang didakwa dilakukan di sebuah premis di Seksyen 32 tular menerusi video berdurasi 29 saat dipercayai hasil rakaman televisysen litar tertutup (CCTV) di laman sosial Facebook hari ini.

Berdasarkan video tersebut, lelaki berkenaan yang lengkap berpakaian bertindak ‘menghulur’ alat sulitnya terhadap seorang wanita yang sedang melakukan kerja-kerja menyedut hampagas sebuah kereta.

Menerusi video itu turut diperhatikan bahagian punggung wanita itu telah ‘melanggar’ alat sulit lelaki tersebut sebaik wanita berkenaan bergerak ke arah belakang bagi menyelesaikan kerja pembersihan kereta berkenaan.

Video tular itu yang telah ditonton oleh 999 pengunjung laman sosial mendapati rata-rata netizen mengecam perbuatan tidak bermoral lelaki tersebut.

Seorang pengguna laman sosial dengan nama Zuhaili Ya berharap pihak polis menangkap pelaku tersebut.

“Kalau betul warga asing,tangkap majikan sekali mengaji warga asing.

“Minta pihak polis tangkap,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Hafiz Ismail menegaskan kelakuan tersebut disifatkan amat keji.K’Online


Sebaran :

Leave a Reply