Takkan saya nak saman orang yang dah dijatuh hukuman gantung?

Entah kenapa lawyer Americk Sidhu ini suruh saya saman orang yang sudah dijatuhkan hukuman mati dan sedang tunggu hukuman dijalankan setelah 5 hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara telah menolak Akuan Bersumpahnya.

Lawyer Americk ini juga orang yang bantu abang mendiang Kevin Morais untuk membuat Akuan Bersumpah yang kata dia ada pendrive mengandungi bukti kesalahan saya dan cuba tuduh saya sebagai orang yang bertanggungjawab atas kematian Kevin.

Lepas abang Kevin membuat sidang media sambil melambai-lambai Akuan Bersumpahnya, dia lari dari Malaysia pula dan tidak lagi bertapak kaki di Malaysia sehingga kini.

Selepas abang Kevin lari diri, Amerik menjawab dia langsung tidak mengetahui (no clue) apabila ditanya di mana pendrive Kevin sedangkan dia juga lawyer yang bantu abang Charles membuat Akuan Bersumpah bahawa dia ada pendrive.

Setelah 5 tahun SD dibuat, pendrive yang sering disebut Kit Siang masa itu masih tidak kelihatan.

NOTA: pada bulan Jun 2020, 6 orang telah didapati bersalah dalam kes pembunuhan Kevin Morais. Ini penjelasannya:

NAJIB RAZAK

Tuduhan membayar tertuduh kes bunuh Morais adalah karut – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker