KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia terus mengukuh, mengenepikan trend menurun pasaran serantau yang lain dengan indeks utama ditutup tinggi untuk hari keempat berturut-turut, didorong oleh belian berterusan untuk kaunter berwajaran tinggi perbankan dan Top Glove.

Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 7.86 mata untuk ditutup pada 1,654.39 selepas bergerak dalam zon positif antara 1,647.65 dan 1,658.07 sepanjang sesi urus niaga.

CIMB, yang bercadang mengurangkan pendedahan arang batu kepada sifar menjelang 2040, muncul sebagai penyumbang terbesar kepada kenaikan dalam indeks komposit dengan meningkat sebanyak 4.44 mata, diikuti oleh Public Bank (2.57 mata) dan Top Glove (2.39 mata).

Bagaimanapun, di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 643 berbalas 568 manakala 463 kaunter tidak berubah, 463 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 8.1 bilion saham bernilai RM4.83 bilion daripada 11.88 bilion saham bernilai RM6.68 bilion pada Rabu.

Kebanyakan bursa serantau utama mempamerkan trend menurun, mengambil petunjuk daripada kelemahan di Wall Street serta kebimbangan terhadap peningkatan kes COVID-19.

Di pasaran serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong turun 0.35 peratus kepada 26,410.59, Nikkei 225 Jepun menyusut 0.23 peratus kepada 26,756,24 dan Kospi Korea Selatan lebih rendah sebanyak 0.33 peratus kepada 2,746,46.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Public Bank naik 34 sen kepada RM20.20, Top Glove meningkat 1.5 sen kepada RM6.99, sementara Maybank tidak berubah pada RM8.38.

Petronas Chemicals jatuh satu sen kepada RM7.66, Tenaga lega 14 sen kepada RM10.50, Hartalega susut 30 sen kepada RM14.36, sementara IHH Healthcare berkurangan dua sen pada RM5.57.

Bagi saham paling cergas, XOX, AirAsia X dan Metronic masing-masing naik setengah sen kepada 1.15 sen, sembilan sen dan 11.5 sen, IRIS menambah satu sen kepada 36.5 sen tetapi Trive tidak berubah pada 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 48.29 mata kepada 11,922.87, Indeks FBMT 100 mengukuh 51.19 mata kepada 11,682.91, FBM ACE mengembang 99.77 mata kepada 11,039.91 dan FBM 70 memperoleh 50.36 mata kepada 15,337.83.

Bagaimanapun, Indeks FBM Emas Syariah merosot 25.43 mata kepada 13,480.99.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.17 mata kepada 176.38, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 261.13 mata kepada 15,319.04, tetapi Indeks Perladangan merosot 6.01 mata kepada 7,355.01.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 4.72 bilion saham bernilai RM3.76 bilion daripada 7.31 bilion saham bernilai RM5.35 bilion pada hari Rabu.

Jumlah dagangan waran menyusut kepada 674.26 bilion unit bernilai RM119.33 juta daripada 870.69 bilion unit bernilai RM148.21 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 2.7 bilion saham bernilai RM943.75 bilion daripada 3.7 bilion saham bernilai RM1.18 bilion sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 860.04 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (1.38 bilion), pembinaan (308.53 juta), teknologi (435.97 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (246.69 juta), hartanah (475.62 juta), perladangan (88.32 juta), REIT (12.39 juta), dana tertutup (57,100), tenaga (474.31 juta), penjagaan kesihatan (78.90 juta), telekomunikasi dan media (53.45 juta), pengangkutan dan logistik (250.58 juta) dan utiliti (51.51 juta).

– BERNAMA