Keluarga berjaya Jokowi
KELUARGA BERJAYA
Semalam telah berlangsung pemilihan ketua daerah di 270 daerah (9 provinsi, 224 kabupaten dan 37 kota)
Anak sulung Presiden Jokowi, Gibran Rakabuming (33 tahun) telah menang sebagai Walikota Solo, Jawa Tengah.
Menantu Jokowi pula, Bobby Afif Nasution (29 tahun) telah menang sebagai Walikota Medan, Sumatera Utara.
Kemenangan tersebut menambah senarai ‘keluarga berjaya’ di negeri jiran setelah sebelumnya ada dinasti Soekarno, Soeharto, Ratu Atut Banten dsb.
Malaysia pun ada juga. Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan anaknya Muhkriz sebagai Menteri Besar Kedah, selain daripada keluarga Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh.
Anwar Ibrahim isterinya, Wan Azizah Wan Ismail Parlimen Pandan dan anak mereka Nurul Izzah Parlimen Permatang Pauh.
Mahathir Mohamad yang Parlimen Langkawi dan anaknya, Mukhriz Parlimen Jerlun dan Dun Jitra.
Lim Kit Siang Parlimen Iskandar Puteri di Johor dan Lim Guan Eng Parlimen Bagan, Pulau Pinang.
Bagi anak-anak kepada bekas pengerusi DAP mendiang Karpal Singh pula iaitu Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh dan Jagdeep Singh Deo masing-masing di Parlimen Puchong, Parlimen Bukit Gelugor dan Dun Datuk Keramat.
You must be logged in to post a comment.