Srettha Thavisin PM Thailand yang baharu

Srettha Thavisin PM Thailand yang baharu

BANGKOK: Wakil parti Pheu Thai, Srettha Thavisin, hari ini disahkan sebagai Perdana Menteri Thailand yang ke-30 selepas berjaya mendapatkan sokongan majoriti ahli Parlimen dan Senat negara itu.

Srettha, seorang jutawan hartanah yang dianggap muka baharu dalam politik selepas mula berkecimpung hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya umum (PRU) Mei lalu, melepasi 375 undi yang diperlukan bagi menjadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan.



Kebuntuan selama tiga bulan itu berakhir pada hari yang sama bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, pulang daripada buangan.

Srettha, bekas presiden syarikat pembangunan hartanah Sansiri, kini bertanggungjawab membentuk kerajaan merangkumi gabungan pelbagai parti yang rapuh termasuk parti penyokong Raja dan tentera, yang sebelum ini menggulingkan kerajaan pimpinan Pheu Thai melalui rampasan kuasa pada 2006 dan 2014.

Antara yang menjadi mangsa ialah Thaksin, yang juga bekas hartawan telekomunikasi dan pemilik kelab bola sepak Liga Premier, yang melarikan diri dan hidup dalam buangan kendiri sebelum dihukum penjara pada 2008 kerana salah guna kuasa.

Kerajaan ditadbir adiknya, Yingluck Shinawatra, selaku Perdana Menteri turut menerima nasib sama akibat rampasan kuasa tentera pada 2014.



Thaksin, 74, menerima sambutan meriah sejurus tiba di lapangan terbang Bangkok hari ini sebelum ditahan polis untuk dibawa ke Mahkamah Agung dan kemudian ke penjara bagi menjalani hukuman penjara lapan tahun.

Kepulangannya, yang secara kebetulan bersamaan dengan pelantikan Srettha mencetuskan spekulasi Thaksin mungkin terbabit dalam rundingan dengan seteru lamanya dalam kalangan pemimpin tentera bagi memastikan hukumannya dipendekkan.

Bagaimanapun, Thaksin dan Pheu Thai menafikan andaian itu.

Perkembangan hari ini adalah yang terbaru dalam episod hampir dua dekad perebutan kuasa antara Pheu Thai, yang memenangi lima PRU, dan gandingan parti konservatif, jeneral tentera serta golongan elit Thailand yang sudah lama menguasai politik dan ekonomi negara itu.



Srettha diisytiharkan sebagai calon Perdana Menteri Pheu Thai, bersama anak bongsu Thaksin, Paetongtarn Shinawatra, selepas PRU 14 Mei lalu, yang mana parti itu muncul sebagai pemenang kedua terbesar.

Usaha awal Pheu Thai membentuk pakatan dengan pemenang terbesar PRU, Parti Move Forward (MFP) dan lapan parti lain gagal selepas mendapat tentangan hebat parti konservatif dan anggota Senat yang dikuasai tentera. BH

Srettha Thavisin PM Thailand yang baharu

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri



Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker