Sanusi smash P. Pinang: Bayar dulu air mentah Kedah sebelum komen macam-macam



Sebaran :

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) diharapkan dapat membayar tuntutan RM50 juta setahun yang dibuat Kerajaan Negeri Kedah bagi caj air mentah yang diambil dari negeri Jelapang Padi itu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan atau kritikan berhubungan proses pembekalan air dari kawasan Ulu Muda.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan, perbadanan itu sebelum ini hanya menjana keuntungan hasil air mentah yang mengalir dari negeri Kedah untuk digunakan dalam pelbagai sektor di negeri itu tanpa membayar satu sen kepada pihak Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK).

Tambah beliau, kerajaan negeri melalui LSANK juga sebelum ini telah membuat beberapa tuntutan bagi air mentah yang diambil dari negeri itu sejak 2010 namun tiada maklum balas atau pembayaran dibuat.



Berdasarkan rekod, Sanusi berkata, Pulau Pinang menggunakan lebih banyak sumber air mentah iaitu 1.1 juta padu sehari berbanding negeri Kedah iaitu sebanyak 800,000 liter padu.

“Jadi tak patutlah PBAPP (Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang) yang listed company( syarikat tersenarai) yang dapat air raw (mentah) free (percuma dari Kedah keluarkan kenyataan itu).

“Kemudian bagi komen yang tak wajar untuk Kedah kerana Ulu Muda dalam negeri Kedah, di bawah bidang kuasa dan kedaulatan negeri Kedah, dia tak boleh ceroboh masuk pi ke hutan, kita ajar apa yang boleh, apa yang tak boleh, Kedah adalah hak Kedah.



“Kita (kerajaan negeri) akan buat apa yang patut kita buat untuk pembangunan dan kebajikan negeri dan rakyat Kedah, kalau dia nak bagi komen minta dia bayar dulu harga air mentah dulu, kita dah buat tuntutan kepada Pulau Pinang, 1 meter padu 10 sen raw water,” tegas beliau.

Sanusi berkata demikian ketika sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah, di Wisma Darul Aman, di sini pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, Sanusi berkata, pihaknya amat sedar mengenai setiap perkara yang dilakukan terutama di kawasan Ulu Muda dalam menjaga bekalan air di Kedah dan juga negeri-negeri jiran yang menumpang air dari tadahan di kawasan itu.



Setiap tindakan yang dibuat, menurutnya, akan dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan dan hasilnya akan memberi manfaat kepada banyak pihak khususnya rakyat Kedah.

Pada Isnin, PBAPP berkata, penerokaan mineral elemen nadir bumi (REE) berskala besar di kawasan tadahan Ulu Muda termasuk Sik dan Baling di Kedah yang permitnya diluluskan oleh kerajaan Kedah, akan menjejaskan bekalan air untuk 4.2 juta penduduk di Perlis, Pulau Pinang serta negeri Jelapang Padi itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jaseni Maidinsa berkata, ini adalah kerana kawasan tadahan air di Ulu Muda ialah penghubung pertama dalam rangkaian nilai bekalan air Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang memenuhi keperluan air penduduk dan perniagaan di tiga negeri berkenaan. Awani

Kedah Bakal Negeri Terkaya di Malaysia, Teroka Mineral Bernilai RM60 Billion


Sebaran :


Leave a Reply