Covid-19 : 959 kes baru hari ini dengan 5 kematian

Kes sembuh merekodkan sebanyak 1,068 mengatasi kes baru iaitu 959 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu sebanyak 953 kes penularan tempatan manakala bakinya kes import.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 5 kes kematian hari ini,” katanya pada sidang media.

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):
#COVID19 Terkini. 9 Dis. Kes baharu hari ini 959 dan kes sembuh 1,068.

Kes tertinggi di Selangor 277, Sabah 203, KL 129, Pahang 119, Johor 100.

5 kematian baharu, 4 kluster baharu dan 4 kluster tamat.

Status Terkini #COVID19, 9 Dis 2020
Kes sembuh=1,068
Jumlah kes sembuh=65,124 kes
Kes baharu positif=959 kes (953 tempatan, 6 import)
Jumlah positif=76,265 kes
Kes kematian=5
Jumlah kes kematian=393 kes
Kes dirawat di ICU=127 kes
Bantuan Alat Pernafasan=61 kes

5 kes kematian dilaporkan hari ini melibatkan kesemua warganegara. Sabah dan Johor masing-masing melaporkan 2 kes manakala Selangor melaporkan 1 kes.

Secara keseluruhan, 393 kes kematian dilaporkan.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

4 kluster baru di 6 negeri

Kementerian Kesihatan mengenal pasti empat kluster baru di Sabah, Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan.

Ia adalah kluster Kupi-kupi di Penampang, Sabah, kluster Tapak Bina Ikon Bintang membabitkan Lembah Pantai dan Kepong di Kuala Lumpur, kluster Bandar Impian di Kluang, Johor, Pasir Puteh di Kelantan dan Kuala Kangsar di Perak, sementara kluster Jalan Kemang di Port Dickson di Negeri Sembilan.

Pecahan kes baharu (959)

Selangor
78 kluster sedia ada
76 saringan kontak rapat
122 lain-lain saringan
1 import

Sabah
36 kluster sedia ada
1 kluster baharu (Kupi-Kupi)
106 saringan kontak rapat
60 lain-lain saringan

KL
76 kluster sedia ada
3 kluster baharu (Tapak Bina Ikon Bintang)
22 saringan kontak rapat
23 lain-lain saringan
5 import

Pahang
119 kluster sedia ada

Johor
37 kluster sedia ada
1 kluster baharu (Bandar Impian)
22 saringan kontak rapat
40 lain-lain saringan

N.Sembilan
8 kluster sedia ada
7 kluster baharu (Jalan Kemang)
3 saringan kontak rapat
15 lain-lain saringan

Perak
29 kluster sedia ada
3 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan

P.Pinang
16 kluster sedia ada
9 saringan kontak rapat
4 lain-lain saringan

Kelantan
12 kluster sedia ada
2 saringan kontak rapat
3 lain-lain saringan

Kedah
11 kluster sedia ada
4 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan

Melaka
1 kluster sedia ada
1 lain-lain saringan

Labuan
1 lain-lain saringan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker