36 Tahun Beroperasi, Kilang Sony Di Perai Bakal Ditutup Melibatkan 3,400 Pekerja

Siapa sangka kilang yang sudah 36 tahun beroperasi daripada syarikat yang dikenali ramai seluruh dunia iaitu Sony juga tidak terlepas daripada ditutup berikutan rancangan Sony untuk menyusun semula operasinya secara global.

Difahamkan penutupan kilang Sony di Perai ini bakal memberi kesan kepada 3,400 pekerja terdiri daripada 1,800 pekerja tempatan dan 1,600 pekerja daripada warga asing. Penutupan kilang ini dijangka bakal ditutup secara berperingkat sehingga September 2021 sebelum ditutup secara penuh.

Perkara ini dimaklumkan oleh Exco Pulau Pinang, Halim Hussain di mana beliau menyatakan, penutupan kilang ini akan menyebabkan hampir 3,400 pekerja akan terkesan. Dari jumlah ini, seramai 1,800 pekerja ialah penduduk tempatan manakala 1,600 terdiri daripada warga asing. Sebilangan pekerja akan dipindahkan ke kilang Sony di Bangi, Selangor.

Mengulas mengenai masa depan pekerja, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan Halim Hussain memaklumkan sebilangan pekerja ini bakal dipindahkan ke kilang Sony di Bangi.

Untuk pengetahuan, kilang ini bertanggungjawab dalam menghasilkan produk audio seperti Sony Walkman bagi pasaran eksport mahupun tempatan. Pastinya banyak kenangan yang tercipta khususnya buat mereka yang berada di sekitar Perai serta para pekerja yang pernah berkhidmat di kilang ikonik di Pulau Pinang ini.

Sekitar dua tahun lalu, kilang ikonik di Pulau Pinang iaitu Western Digital telah ditutup selepas 20 tahun beroperasi.

6 pekerja cedera kilang besi meletup di Perai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker