Universiti Nottingham di Malaysia akan dijual?

Pemilik Universiti Nottingham di Malaysia mempertimbang untuk menjual pemilikannya terhadap penyedia pendidikan tinggi itu yang bernilai sekitar RM500 juta, menurut individu yang mengetahui perkara itu.

Boustead Holdings Bhd, yang mempunyai kepentingan dalam bidang kewangan, perladangan dan hartanah, sedang bekerjasama dengan penasihat mengenai rancangan penjualan majoriti sahamnya dalam kampuas cawangan universiti British itu, kata individu tidak mahu dinamakan kerana prosesnya berjalan secara tertutup.

Mereka berkata, YTL Corp yang juga pemegang taruh di institusi pendidikan tinggi itu, mungkin turut akan menjual sahamnya.

Boustead memiliki sekitar 66% saham universiti itu manakala YTL dan Universiti Nottingham masing-masing memegang sekitar 4% dan 30%, katanya.



Kerjasama antara tiga pihak terbabit diumumkan secara rasmi pada 1998 susulan undangan Kementerian Pendidikan untuk menubuhkan sebuah kampus universiti negara asing.

Universiti Nottingham salah satu cawangan kampus universiti British pertama ditubuhkan di luar UK menerima kemasukan pelajar pada September 2000.

Universiti itu mempunyai sebuah kampus seluas 50 hektar di Semenyih selain sebuah pusat pengajaran di Kuala Lumpur. Pusat pendidikan itu menawarkan kursus asas hingga doktor falsafah dan mempunyai sekitar 5,000 mahasiswa dari lebih 85 negara.

Perbincangan masih di peringkat awal dan tidak pasti sama ada Boustead dan YTL akan meneruskan perjanjian berkenaan, kata sumber itu.



Pengerusi Eksekutif YTL Francis Yeoh enggan memberikan komen manakala wakil Boustead dan Universiti Nottingham Malaysia tidak memberikan respons segera mengenai perkara itu. FMT

https://mykmu.net/2017/10/29/kejutan-universiti-malaysia/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker