Tubuh RCI siasat TH, isu kartel daging import haram dibangkit di Parlimen hari ini

Isu penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan Tabung Haji dan tindakan kerajaan terhadap kes kartel daging import haram bakal mencuri tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) meminta perdana menteri menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan bagi mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkenaan Tabung Haji bagi menamatkan polemik politik yang membelenggu institusi itu.

Soalan itu berada di senarai ketiga pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan selepas tamat sesi Waktu Pentanyaan-pertanyaan Menteri.

Tuan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pula meminta menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan perkembangan siasatan dan langkah tegas kementerian dalam menangani kes kartel daging import haram yang turut memproses daging babi di Senai, Johor baru-baru ini.

Sementara itu, sesi perbahasan dan penggulungan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa juga diteruskan dengan tiga lagi kementerian dijangka menggulung perbahasan mengikut giliran seperti yang dijadualkan.

Tiga kementerian berkenaan adalah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, sesi perbahasan berkenaan akan berlanjutan selama 10 hari sehingga 15 Dis ini, sementara Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 29 hari sehingga 17 Dis. Bernama

PEMBONGKARAN Gudang kartel proses daging BABI

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker