Semua ADUN BN pilih Saarani sebagai MB Perak, kata ADUN Rungkup

Semua ADUN Barisan Nasional “secara konsensus” mencalonkan Ketua Umno Perak, Saarani Mohammad, sebagai menteri besar baharu, kata ADUN Rungkup, Shahrul Zaman Yahya, menggantikan Ahmad Faizal Azumu dari PPBM yang tersingkir dalam undian percaya baru-baru ini.

Pada kedudukan sekarang, Barisan Nasional mempunyai 25 kerusi, dan Perikatan Nasional 8 (PPBM 5, PAS 3).

PH mempunyai 24 kerusi iaitu DAP 16, Amanah 5, dan PKR 3, manakala Gerakan mempunyai 1 kerusi dan Bebas 1.

“Kita serahkan kepada kebijaksanaan Sultan Perak untuk pertimbangkan siapa yang mempunyai majoriti mudah untuk dipilih sebagai menteri besar,” kata Shahrul di Instagram.

Menurut laporan media, Saarani antara nama yang disebut sebagai calon menteri besar baharu daripada Umno, di samping Shahrul sendiri dan bekas menteri besar, Zambry Abdul Kadir.

Persidangan Dewan Negeri Perak yang dijadualkan bersambung Rabu ini tidak dapat diteruskan sekiranya tiada menteri besar dan sekurang-kurangnya empat ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.

Faizal dijadualkan membentangkan Belanjawan Perak 2021 pada Jumaat lepas, namun tersingkir sebelum sempat berbuat demikian selepas undi percaya dibentangkan untuk belah bahagi.

Faizal menyerahkan surat peletakan jawatannya dan barisan pengerusi jawatankuasa tetap kepada Sultan Perak semalam. FMT

Jangan cabar saya – Saarani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker