Ulang tahun pertama Covid-19 dan kebangkitan manusia

Oleh MOHAMAD AZLAN JAAFAR

Lega! Gembira! Itu perasaan kebanyakan penduduk Lembah Klang yang telah melalui ‘perintah berkurung mini’ selama hampir dua bulan sejak 14 Oktober lalu.

Bermula hari ini, kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri dan daerah di seluruh negara tanpa kebenaran polis kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pemansuhan arahan menghalang pergerakan secara bebas itu termasuk kebenaran membawa penumpang mengikut kapasiti tempat duduk setiap kenderaan. Tiada lagi dua penumpang setiap kereta.



Sekatan jalan raya oleh polis tamat secara automatik.

Tiada lagi keperluan mendapat surat kebenaran. Polis pula memfokuskan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Keputusan itu sangat dinantikan. Bukan kerana tiada ketakutan terhadap virus Covid-19 atau kes sudah sampai ke peringkat seperti pada Julai. Jumlah kes terutama di Lembah Klang masih mencecah lebih 400 kes. Ramai yang sudah tidak peduli.

Pemansuhan perintah larangan rentas negeri dan daerah didorong faktor ekonomi. Setiap hari perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dilaksanakan, ekonomi negara kehilangan RM300 juta. Untuk negara kecil yang



KDNK tahunan kira-kira RM1.4 trilion, kehilangan kegiatan ekonomi berjumlah RM300 juta adalah besar.

Malaysia tidak mampu mencetak lebih banyak duit seperti Amerika Syarikat kerana tiada permintaan untuk Ringgit seperti Dollar Amerika.

Tindakan kerajaan itu juga bagi mengelak 60,000 pekerja sektor runcit daripada menjadi bakal pemohon i-Sinar.

Kerajaan sedar ekonomi Malaysia bergantung kepada rakyat negara ini.



Dalam kesempitan, penduduk negara ini berbelanja berbilion ringgit setiap bulan untuk keseluruhan sektor runcit.

Tiada kelompok penjana ekonomi terbesar selain penduduk negara ini ketika ini.

Tahun 2020 berlalu dengan pantas kerana Covid-19. Setahun lalu pada Disember 2019, Covid-19 dikesan di Wuhan, China.

Virus yang masih tidak diketahui sumbernya itu mengubah lanskap dunia seperti hari kiamat dalam filem Hollywood.



Lebih ramai terkesan daripada Covid-19 daripada peperangan dunia kedua. Minggu ini, penduduk UK akan menerima vaksin Covid-19. Malaysia akan menerima vaksin sama tahun hadapan.

Dua pengajaran daripada bencana kesihatan ini.

Secanggih mana teknologi manusia, tiada dapat menghalang ‘balasan’ daripada sumber tidak diketahui. Kedua, kita sebenarnya ‘vulnerable’ dan terdedah kepada kemusnahan.

Covid-19 menjadikan tahun 2020 sebagai 12 bulan yang dikenang untuk lebih 1.5 juta kematian, 66.5 juta jangkitan, ketakutan, peningkatan kemiskinan dan ketidakpastian.



Ketika dunia mengenang ulang tahun pertama Covid-19 bulan ini, ia juga mengingatkan kita bahawa dalam ke­­ge­­­lapan masih ada cahaya dan kekuatan kemanusiaan akan bangun semula daripada debu kemusnahan virus ini. K ONLINE

Selamat Menyambut Ulang Tahun Pertama Muafakat Nasional – Ahmad Zahid



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker